Friday, August 5, 2011

kenapa bulan ramadhan dikatakan special?


salam ramadhan semua...


erm,sdr tak sedar,mlm ahd yg lalu,kite sume dh saksikan pengumuman puasa ni.so,dh kompem pd hari isnin, 1 Ogos 2011 sume umt Islam kt dunia ni diwajibkan berpuasa.whoaaa,.excited sesangat.masing2 mesti kalut ke sana ke mari utk prepare ape yg patut bagi sambut bulan yg mulia ni.


oryte..di pendekkan cerita, dh hampir seminggu kite melaksanakn rukun islam yg ketiga ini.tp,mgkin ade di antare kite yg sekadar berlapar dahaga namun masih belum mengetahui intipati sebenar ramadhan.so,pd entri kali ni, aku nak share kt korang sume bbrapa petikan hadis mengenai puasa ramadhan.jum kite ushar2,.hihi


         kelebihan bulan ramadhan :

  1. "Apabila tiba awal malam dalam bulan ramadhan diikat semua syaithan dan jin2 yang derhaka, ditutup semua pintu neraka dan dibuka pintu-pintu syurga. Dan tidak ditutup walaupun satu pintu. Lalu penyeru (malaikat) menyeru : "Wahai orang yang mengharapkan kebaikan, terimalah. Wahai orang yang mengharapkan kejahatan berhentilah. Dan yang ikhlas kerana Allah SWT dibebaskan dari api neraka dan penyeru itu menyeru pada setiap malam Ramadhan." (Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah)
  2.  Di dalam hadis Qudsi, Nabi SAW bersabda : " Semua amalan anak adam digandakan kebaikannya 10x ganda sama nilainya sehingga 700x ganda. Allah SWT berfirman : "Melainkan puasa, kerana ianya untukKu. Aku sendiri yang akan membalasnya. Mereka meninggalkan syahwat dan makanan keranaKu." Bagi orang yang berpuasa mereka akan mendapat 2 kegembiraan. Kegembiraan ketika berbuka berpuasa dan kegembiraan ketika menemui Allah SWT. Dan bau mulut orang yang berpuasa itu (kerana puasanya) lebih wangi disisi Allah daripada wangian Kasturi." (Riwayat al-Syeikhan)
              kelebihan puasa ramadhan :

  1. Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya."
  2. Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun."

  3. Dari Abi Hurairah r.a, Nabi SAW juga bersabda : "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dgn penuh keimanan dan pengharapan nescaya akan diampun dosa-dosanya yang terdahulu." (Riwayat al-Syeikhan)
             akhlak sewaktu berpuasa :
  1. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa."
    1. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak menerima puasanya)."

      kelebihan solat terawih : 

        1. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah SAW mengenai Ramadan: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."
       

      kelebihan malam lailatulqadar :

      Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang mendirikan solat pada malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.

      kelebihan 10 malam terakhir ramadhan :

      Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakir di bulan Ramadan." 

      Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW biasanya beriktikaf pada sepuluh hari yang terakhir dalam bulan Ramadan

      Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW bermujahadah pada sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadan tidak seperti bulan-bulan lain.


      kelebihan bersahur : 

      Diriwayatkan daripada Anas RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya." 


      kelebihan menyegerakan berbuka puasa :

      Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad RA katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: "Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa."

      okeh,..dats all petikan hadis about ramadhan yg dpt aku share.bknye nk cakap aku pndai,tp aku skdar berkongsi secebis ilmu milik Allah.aku juga insan biasa yg masih jahil  mengenai ilmu2 agama ni.so,smelah2 kite share apa yg perlu didalami sebagai hambaNya.'sharing is caring'...=).akhir kata, slmt mnjlani ibdah puasa.moge rmdhan kali ni m'bwe 1001 kbrkatan buat kite sume..amin,.



2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...